Some Story =)


K A W A D

Aku nak cerita ni yang baru - baru ni sekolah aku ada buat pertandingan kawad tetapi aku tak join lah hehehe. Aku dalam unit uniform Briged Bakti. Dalam Pertangdingan tu, pemenang pertama ada lah 1st place polis yang mendapat 87% bagi kawad

Lepas tuh Second place adalah PBSM yang berjumlah 84% peratus kawad


Lepas tu yang tempat ketiga adalah Pengakap Pendidikan Khas. Aku memang betul tidak puas hati lah yang sebenarnya Briged sepatutnya dapat kalaumengikut jumlah yang diberi tetapi dia beri kelebihan kepada Pengakap Pendidikan Khas tapi at least sebut lah yang briged pun dapat 3rd place jugak tetapi ni tak pun. Aku memang betul2 geram ergghh.... Btw aku tak sempat nak ambik briged kawad hehehe, jd gmbr di bawah ni aku ambil dengan kawan aku =)


From Up To Bottom it's hurt

Cantik tak title? haha. Semua tu berkait dengan diri aku ni yang nak sangat main benda alah tu. Bende alah tu sebenarnya sukan and bende alah tu berkait dengan bola and bende alah tu berkait dengan padang and bende alah tu berkait training and bende alah tu berkait dengan bertanding and bende alah tu berkait dengan kene serang and bende alah tu start dengan huruf R**** and bende alah tu dah tak ade idea . Hahaha XD. Dah boleh agak dah? Kalau tak boleh agak pun tak ape sebab aku pun tak boleh nak agak ape dia kalau aku tak tahu XD.

Sebenarnya satu bulan yang lalu, ada kawan aku cakap yang sukan ni masih tak ramai orang nak datang training jadi kalau nak join training nasih boleh. Aku pun start lah pergi training, dah sekali pergi training jadi nak pergi selalu lah. training tu start pukul 5 sebaik sahaja aku habis kelas tambahan. Aku nak main sukan tak akan lah nak pakai baju sekolah nak main.Hehehe. Aku pun bawa lah salinan baju setiap kali aku pergi sekolah sepanjang bulan tu. Ohyaa, aku belum bagi tau lagi name sukan tu kan? name sukan tu adalah "Rugby" .

Lepas tu tibe lah hari pertandingan, kita orang bertanding dekat sekolah SIC and lawan kita orang adalah, jap jap sebelum tu nak bagi tau dulu satu touch down tu 5 markah and kalau try dapat 3 markah pula. sambung balik lawan kita orang adalah  Teknik Tanah merah and kita orang kalah 10 - 0 pastu lawan Teknik Pengkalan Chepa and dapat 25 - 16 kalah jugak kan? pahtu kita orang lawan pula SYP, sekolah ni dah peringkat negeri bertanding and kita orang kalah jugak dengan 25 -0 pastu last game kita orang ingat akan menang tetapi kalah dengan 1 point iaitu 22-21 dengan sekolah MRSM Tumpat. 

Mase pertandingan tuh, seorang cedera and telah dihantar ke hospital untuk di jahit dibahagian mata. Selepas itu, aku pula sakit dada sebab di tackle di dada 5 kali oleh orang paling besar sekali mase lawan sekolah Teknik Pengkalan Chepa. Masa tu aku sakit dada je lepas tu, hari keesokan nak pergi sekolah aku sakit seluruh dari hujung rambut sampai hujung kaki sakit tapi aku tetap pergi sekolah. I think that's the story about Whole incident that cause my body to hurt from up to bottom.   


Gonna Miss You

WHY DID HE LEAVE US?

Nampaknya sudah pergi pengetua SMKIP kita ='( . Aku rasa sedih pun ada jugak sebab dia baik dengan semua pelajar. Kami suka semua tentangnya kecuali apabila dia berucap, apabila dia berucap kebanyakan pelajar akan teridur sebab dia berucap slow2 je tapi still aku masih suka dia. Masih fresh lagi dalam kepala aku yang keras diluar tapi kosong di dalam ni, ingatan ni tak akan aku dapat lupa yang dia minta cuti dengan JPN untuk sekolah kite orang je iaitu SMKIP. Lepas tu JPN bagi. YAhooo. Pengetua bagi cuti bukan saje2 je tapi dia bagi untuk pelajar2 rehat kan badan selepas jogaton =D. Well tu je lah ingatan yang aku ingat. Hehehe.

Ohyaa aku lupa nak cakap yang pengetua sekolah kita orang bukan pindah ya tapi dia bersara ='( . Majlis persaraan dia di lansung kan pada 21/4/2011 iaitu hari khamis. Sebenarnya kan, dia patut bersara pada 23/4 and adakan majlis pada hari tu tapi 23/4 tu hari sabtu jadi sebab tu dia awal kan. Pesta tu memang meriah gila XD siap ada paluan kompang and ada pertunjukan nyanyian, tarian and banyak lagi lah and kalau nak cakap dalam satu perkataan aku boleh bagi "Marvelous" . Aku dengar khabar angin kan? yang JPN garu kepala nak cari calon yang sesuai untuk sekolah kita orang and ada lagi khabar angin yang pengetua kita orang tu perempuan yang garang and strict ergghhh. Harap2 tak lah macam tu.


Gambar ni masa wakil pelajar tingkatan 3
bagi hadiah =D