Hidup shushah

Salam. Nampaknya sudah lama gila aku tak update blog ni kan, kalau blog ni almari mesti dah berhabuk dah and penuh dengan haiwan pelik-pelik kat sini hahaha.  Kalau macam tu, kejap nak bersih kan

Shush shuhs shuhs shuh
Ping pong pung pang
Krot krat kret krit
Tett tutt truttt Trott
Poww BOOM teetttt POM !

Okiep, sudah pun dibersihkan oleh aku. Bukan bersihkan je tau, aku renovate balik dah hahaha. Macam lah cantik pun aku renovate. Aku tak pandai macam orang lain pasal blog ni, jadi aku buat yang simple-simple sudah. Okay, aku nak minta maaf banyak-banyak lah sebab aku ni malas nak update blog + sebelum ni sibuk dengan exam PMR yang makin hampir tapi sekarang PMR sudah pun habis. Masa untuk enjoy (>_<) . Enjoy apa ya? Sejak habis PMR ni, hidup makin boring. Rasa macam bangkai bernyawa ada juga hahaha.
Bangun Pagi > Pergi sekolah > Solat Hajat > Lepak > Rehat + makan makan (ermm Best) > Balik rumah > Makan pula > tengok TV > Makan lagi > Tengok tv/Berfacebooking > Tido. Erghh Begini lah hidup seharian. Memang boring and tak ada excitement. Kalau sebelum ni, debar sebab kerja sekolah tak siap lah, frust dengan soalan yang tak faham tapi sekarang memang bangkai bernyawa dah =.=" . Tak tahu nak buat apa dah sekarang ni and badan nak malas jer. Serabut betul hahaha. Lepas tu, aku pula tengah risau tentang masa depan. Which road should I choose. Bende ni lah tengah bermain dalam kepala aku.

Okiep, setakat ni dulu post ini byeeeee

No comments:

Post a Comment