AMIR ♥

Amir Hakim iaitu seorang lelaki yang aku sayang gile. AMIR ='(
Amir bakpo mung nak gi sano mir? SMKIP masih cukup ruang lagi untuk mung mir. Bakpo mung masih berkeras kepala nak pergi sano, mung lah deskmate aku, mung lah kawan lelaki yang aku sayang, mung lah orang yang kacau aku buat experiment, mung lah yang bergelak tawa bersama aku, mung lah yang paksa aku bawak fon vivaz ko skoloh, mung lah yang bagi tiru homework bila aku tak siap sokmo, mung lah yang sapu perfume mustaqim kat seluruh badan aku, mung lah yang ajar aku pasal market/andoid/jenis fon, mung lah yang panggil aku "PANZI!",  mung lah yang bagi nama tuh kepada aku.

Ya Allah! Aku sayang bangat sama kamo amir. Mung buat aku sedih tak terkata apa. Mung lah yang aku buat bende gile gile ko mung. Aku baling belon air ko mung, aku sambut pemergian mung dengan membeli kfc dan makan ramai-ramai. Aku SAYANG mung mir. ='(
Amir, kelmarin bila mung cakap yang mung nak datang sekolah pada pagi kejap tu, aku happy gile. Aku malam tu tido awal sebab nak cepat kan masa supaya dapat jumpe mung. Tapi, bile aku sampai je di sekolah pagi tu, aku tengok mung tak sampai pun. Aku ingat mung datang lewat tapi aku tetap tunggu, tapi still tak datang. Air mata aku mula keluar setitik, aku ingat yang kamu menipu aku tibe-tibe aku nampak kereta mung lalu depan sekolah. Ya Allah! Aku happy gile mir, aku pun bergegas lah turun, bile aku otw nak turun tu. Mung pun tengah naik juga, bile aku jumpe mung pagi tu. Badan aku tibe-tibe bergerak dengan sendiri and melompat ke arah mung. Ya Allah! Mungkin aku sayang amir gile. Semasa aku pergi jaga kelas tadi, aku nak menangis rasanya and bile cikgu masih tengah mengajar tadi, air mata mula keluar tapi aku lapnya untuk cover
. Amir, mung bagi module sejarah mung and kak mung. Aku akan simpan module tu dengan sebaik mungkin ='( . Mir! Ingt janji kite, nanti cuti bulan 3 ni. Kita akan pergi kayuh basikal keliling kota bharu dengan Imran and juppy okeh. Mir! Mung lah lelaki first aku titiskan air mato ='(
Aku sayang mung mir. Aku harap mung belajar molek lah kat SBP SAHUT tuh. Dekat sano semua orang pandai pandai sajo. Mung kene catch up lah dengan dia orang. Kalau mung tak tahan dekat sana, datang lah kembali ke SMK Ismail Petra kerana pintu kelas IT akan sentiasa terbuka untuk mu. Wish you all the best kat sane. AMIR HAKIM. My BFF ♥
Me luv you mir. ='(

Dari kiri : Amir, aku, juppy, amirul izzat. Aiman shaifuzan and  Harizorang yang di tanda merah telah tinggal kan SMKIP ='(

Siap!

WAHHH! Okay, untuk menyiapkan module. Aku dengan rajinnya pergi ambil module kat umah dia dengan motor. Ni aku baru je balik dari rumah adek tapi adek tak ada kat rumah sebab dia tengah jaga nenek dia. Jadi dia tinggal kan lah module dalam file oren dia Pastu file tuh dia tinggal kat tangga biar aku ambik sendiri sebab kat umah dia tak ada orang pun hehehehehe. Aku buat muka selambar masuk umah adek pastu ambik file tuh biar dalam hati aku dup dap dup dap. Takut ada orang tanya aku ni sapa nak menceroboh umah orang hahaha.

Okay stakat tu je BAIBAI ^_^

Worries

Hai you guys and girls and boy and ladies, berapa kali 'and' lah. Mula-mula nak cakap yang hari ni hari isnin. Seterusnya,  aku first time realise ramai yang risau pasal aku. Ya Allah! aku terharu sangat hari ni. Hari ni aku memang tak tahu punca atau sebab ataupun kot bahasa indon "Pokoknya" kerana aku hari ni memang tak ada ke apa, aku senyap je and tak bercakap dengan sapa-sapa. Ramai yang tegur aku and tanya aku ada masalah ke? Aku demam ke. Yang mula-mula tegur aku ialah adek aka syairah hanani. Sebab pagi tadi pergi kelas dia untuk hantar module sejarah yang telah dipinjam dia pun tanyo "Bakpo dengan mg? Muka stress pelik jah" Tapi aku tak kata apa-apa dan berlalu pergi dengan begitu saja.

Aku pun pergi jaga kelas 3IH dan di situ Alisya pula yang tanya. Balik dari menjaga kelas tuh aku pun jumpa raden and dia tegur plak "Zir, bakpo monyok semacam?" pastu aku pun jawab "Xdop lah". Pastu balik ke kelas, amir hakim pula yang tanya "Bakpo?" tapi jawapan aku masih sama "Xdop lah". Lepas tuh, di makmal komputer Acik/Amirul Izzat/syazwan, tanyo tapi jawapan aku masih tetap sama. Masa rehat aku makan nasi dengan rakan-rakan then terus balik ke kelas untuk siap kan module, ketika OTW nak balik ke kelas aku pergi jumpe syairah kejap nak ambil module dia balik. Pastu, farah diyana dengan shazira pun masuk kelas, dia orang datang dekat dan tanya pasal kenapa aku jadi gini tapi jawapan masih sama, pastu berterusan lah orang tanya aku, Acik/Ijak/mustaqim/amir/syazwan, dia orang tetap banyak kali tanya tapi masih jawapan sama. Tapi farah diyana dia rasa aku pelik sebab perangai aku macam ni and dia lah yang tanya aku paling banyak, ada tadi dia mari duduk depan meja aku and borak-borak dengan dia, aku cakap dengan suara perlahan je and dia cakap dia tak suka aku bersuara begitu. Thankz farah sebab risau the most ^_^

Masa balik tadi, aku jalan bersama dengan adek. Sepatutnya ada aku, adek, shazira, normah tapi dua orang lagi ada choral speeking jadi cuma aku dengan dia je lah jalan and keluar dari sekolah tu. Kita orang jalan dekat je, dari kelas hingga lah ke pagar kompleks. Tapi mase tuh aku dah okey sikit and boleh cakap macam normal je (^_^).

That's all for today baibai

First time at SMKIP

YOW! Nak tahu tak nak tahu tak? Kelmarin kan ada sambutan maulidur rasul tapi tahun ni special, tahun ni untuk buat pertama kalinya SMKIP buat majlis makan-makan ketika maulidur rasul. UWAAH, best best pastu ada ceramah dulu seperti biasa and ada nasyid lagi huhuhu tapi kan tapi kan aku bukan duduk kat dewan pun. >_<. Aku duduk tawaf sekolah hahaha, aku tawaf sekolah dengan rakan-rakan pastu siap masuk asrama perempuan lagi, jangan salah anggap ek. Kita orang bukan menceroboh tapi tolong cikgu, tolong angkat beras pastu banyak lagi lah kerja lain yang memenatkan. Okeii malas cerita panjang jap aku upload gambar yang aku ambil tapi guna kamera orang lain. Sebab DSLR telah pun dibawa oleh my father outstation ke melaka. Ni gambar yang di ambil oleh kemare yuhanis tapi aku yang ambil gambar.









Dari kiri : Farah,Hasha,Shazira
Ni lah pembantu dewan perempuan
pembantu dewan lelaki xde gambar >.<




Betul ke?

Hai apa khabar, hari ni nak cerita pasal kejadian hari ni lah. 
Bende yang happy tapi menyedihkan, nak tahu apa? Meh sini nak story story sikit.
Hari ni aku bangun lah pukul 7pagi nak pergi tuisyen and baru nak solat subuh (>.<) aku bangun dari katil pergi bilik air lepas tu ambil air sembahyang dan solat kat bilik aku. Aku pergi tengok bilik mak aku, mak aku tak ada. Lupe yang dia kerje pagi hari ni and my dad outstation pergi melaka sejak kelmarin lagi. Aku pun call lah mama nak kasi tahu yang dah bangun ni and nak siap-siap pergi tuisyen pkul 8 lepas ni dengan basikal. Aku pergi dengan basikal lah sebab selalunya my dad hantar tapi dia tak ada kan, aku pun kene rajin kan lah diri sikit pergi tuisyen dengan basikal. Ohya jangan lupe my lil brother and lil sister and my lil sis bff yg sleepover kat rumah aku 2 hari dah tu, sedang nyenyak tido. 

Lepas aku cakap-cakap dengan mama aku. Aku pun tengok jam baru pkul 7.20. lambat lagi tu nak pukul 8.  Pergi atas katil, hajatnya nak rest kan badan tapi tertido sudah. >_< . bangun-bangun pukul 9.30 pagi. Uwaaaaaaa, aku pun calling my mom sekali lagi yang kasi tahu aku tertido, pastu my mom tak marah tapi compleint yang aku dah tido awal semalam tapi masih boleh tertido. Apa lah diri aku ni, aku pun pergi intai adik-adik, pastu dia orang tengah tido lagi Haiyya.

Bende yang menyedihkan tu, aku tak buat module sejarah lah. Aku minta my bff syairah hanani bawa module sejarah dia kat tuisyen hari ni sebab nak pinjam. Tapi aku pula yang tak datang, sorry ADEK aka syairah hanani. Tadi lepas dia habis tuisyen pukul 12. Dia terus mesej kat aku. " Woih. Bkpo x mai ? =.= aku bowok tu gak module" hahahaha. Sorry lah ya adek, dah tertido tu gak. Nak buat macam mana dah tertido tu gak. >_< 


Serba sikit tentang 2012

Aku dah ingat balik dah. Lupa nak cakap, BFF aku dua orang tu iaitu Farah Husna yang bersekolah kat SMK Tanah Merah and Syairah Hanani yang bersekolah kat SMK Ismail Petra. Farah dapat 9A dan subjek tambahan dia ialah arab, pandainya lah kawan aku ni, aku jeles dengan dia hahahaha. Okei, yang satu lagi iaitu Syairah hanani mendapat 7A 1B, YAY! result sama dengan aku welpp =P. Dia dapat B untuk Bahasa Inggeris hahahaha. Jadi begitu lah.

Aku dapat masuk kelas IT tau iaitu kelas 4AB dan aku ambil 10 subjek kalau campur dengan IT lah. BFF aku Farah ambil 10 subjek juga tapi dia dapat masuk kelas Perakaunan(PA) dan Syairah Hanani 9 subjek dan tak ada subjek tambahan. Kelas IT memang terbaek lah, happy semua and semua sporting je, tpi ada lah dua orang yang telah keluar dari kelas tersebut sebab berpindah ke sekolah lain. Nora Nieyah, Muhammad Aiman Shaifuzen dan Najian Athirah. Sedih la sep dio xdop. =( Tpi apa lah boleh buat. Nieyah pergi MARA Terenganu, Najian pergi MARA Kuala Berang, terengganu and Aiman pergi ke SBP faris Petra. Aku pun dapat juga pergi ke MARA Kubang Pasu, kedah. Tapi aku sayang kan SMK Ismail Petra and aku buat keputusan untuk stay je lah. YAY! Hebat kan aku, tapi aku tak kisah kat mana pun belajar asal belajar macam ayat ayah aku "SBP/MARA/SMKIP supo jah, kalau belajar sungguh dapat staright A pahni supo tulo dapat gi luar negara". >.<

okei tu je stakat ni okey baibai. See ya

2011 -> 2012

Okei hai errr. Ni first lah aq post dalam tahun yang baru ni iaitu tahun 2012. A lot had happen since 2011 until now. Aku malas nak sambung entry yang lalu sebab membosankan dan sebab utamanya, aku MALAS okay fullstop. Aku tak kasi tahu lagi kan? Aku dah dapat result PMR 2011 dan keputusannya den den den den 7A 1B. Biase-biase je kan result aku? Aku dapat ialah B untuk Bahasa Melayu. hahahaha. Apa macam? boleh lawan? Aku memang bodoh BM sejak skolah rendah lagi. Aku tak tahu lah nape tapi aku tengok orang lain enjoy je buat karangan BM tpi aku nak buat 1 perenggan tuh berhempas pulas dulu baru siap. (>.<) . Memang aku dah bajet yang BM akan dapat B tapi tak sangka dpt 7A 1B. Tapi tak apa lah, sekarang aku dah masuk tingkatan empat dan karangan BM makin panjang OMG aku nazak lah lepas nih hahahahaha. Dah lah paper BM untuk SPM ni, kebanyakannya adalah karangan. (-_-) Tobak aku SANRUSS!

Okei, cakap pasal PMR kan. Aku masih ingat kata-kata cikgu yang dulu ketika bukak skolah. "Tutup buku lama, bukak buku baru" okei memang and suka perkataan tuh. Ohya, ketika semua orang tengah berasak-rasak tunggu keputusan PMR 22/12/11 tuh, aku duk enjoy and relax relax kat KLIA hahahahahahaha. Nak tahu kenapa? Sebab masa tuh aku otw nak pergi Kota Kinabalu, Sabah. Dalam 20 minit sebelum nak naik flight ke sabah tu. Ayah aku calling calling kat skolah and tanya result aku. Sekolah cuma cakap aku dapat 7A je tpi tak cakap B apa, masa aku pergi ambil result tuh baru aku tahu yang aku dapat B bm. Okay whatever, BM suck for me only okay, kalau yang minat BM tuh jangan terasa hati lah.

Okay tu je yang aku ingat sekarang ni. Kejap lagi mungkin aku akan ingat balik.