Kisah hari rabu

Hai hai hai bloggy. Cantek tak name bloggy tuh? Kalau suka jangan cakap/kata/comment atau taip ape ape. Kalau tak suka, sila buka mulut dan cakap. Okei, aku budush hahaha. Macam lah bloggy ade mulut kan? Hari tu kan iaitu hari rabu, aku bad mood sejak dari pagi tu sampai lah 1.30 p.m tu. Aku jadi bad mood sebab tetttt haha tak boleh lah kasi tahu and aku happy balik sebab dengar berita gembira dari kawan ku dari kelas sebelah. Dapat tahu berita gembira tu, aku melompat-lompat hahaha, nak kata aku macam monyet pun ada mase tu. Ehh, terlupa nak kasi tahu yang aku melompat sampai atas meja. (>_<) aku tak perlu lah kasi tahu kenapa aku melompat-lompat begitu. Kawan aku yang name mustaqim kan, dia cakap aku ni dah macam cipan --.--"  Tak kisah

Ada lagi perkara menarik, salah sorang dari kawan sekelas aku bawa netbook. Lepas tu, aku pula bawa external harddisk aku dan cikgu pula tak masuk-masuk. Apa lagi, kita orang layan cerita lah yang ada dalam external harddisk aku tuh. Dia orang bergaduh nak tengok cerita apa pastu aku bagi idea supaya tengok cerita hantu. Haish, aku pasang lah cerita "The Unborn" cerita hantu english. Yang tengok cerita tu semuanya kushuk, sebab aku bagi tahu yang ada bahagian yang menakut kan. Masa dia orang nepik tu, memang perghh satu blok dengar hahahaha. Tak caya kita orang tengok? Buktinya ada gambar kat bawah ni


Semua kushuk kan? hahaha. Dia orang kushuk sangat sampai tak perasan aku ambik gambar. By the way, kalau nak kenal, ni pelajar kelas 4AB. Pelajar yang ambil aliran IT dan kelas yang paling banyak langgar peraturan hahaha. Kalau cikgu pergi buat spotcheck mengejut kat kelas kita orang memang kaya lah cikgu, Ipad ada, netbook ada, majoriti pelajar dalam kelas tu bawak fon dan semuanya touchscreen. Cikgu, jangan buat spotcheck di kelas 4AB ya. Saya tak nak fon saya di rampas. (>_<)

No comments:

Post a Comment