♠SeDiH & gEmBiRa♠

Salam semua, harap kawan-kawan sihat dan baik-baik je. Aku dah lama tak update pula.Sorry. Tapi ni ade masa free sikit jadi aku nak tulis lah sikit sebanyak tentang apa dah berlaku sejak aku update blog dulu.

Cuti + Homework = Malas
Sekolah aku cuti awal masa raya china baru-baru ni. Sekolah lain cuti start hari rabu tapi sekolah aku cuti selama seminggu.Cikgu memang baik tapi cikgu ada udang sebalik mi goreng sebabnya cikgu bagi bertimbun homework nak di siap kan.Aduiya, memang malas betul lah. sebab tu tajuk dia macam tuh.Hihihi. Lepas tu, ingat cikgu nak bagi free je cuti tambahan tiga hari tu tapi cikgu suruh ganti dengan pergi sekolah hari sabtu, memang benci lah aku. Berbalik pada cerita homework tadi, aku sekarang ni sibuk gila dengan homework sebab nak cover yang mase cuti hari lagi pastu homework hari biasa ni lagi.Adui >_<. Tapi tak ape lah, aku sabar buat homework ni sebab salah aku juga tak buat kerje ni mase cuti.

First Timer
Nak tau tak kenapa aku letak tajuk macam tu? Sebab ini first time aku bagi hadiah dekat budak perempuan yang bukan ada pertalian darah pun dengan aku dan junior pula tu.Jangan salah sangka tau, ni bukan aku bagi dekat girlfriend ke apa. Cuma aku dengan dia kawan rapat je, tapi aku bagi pun kehendak seseorang iaitu adik aku. Dia yang suruh bagi jadi aku pun bagi lah, aku laki pun ada perasaan "malu" juga nak bagi hadiah dengan muka tak malu kat perempuan, ke macam mane perasaan anda? klau nak tau macam  mane try lah buat.Hahaha.

Okay tu je kot setakat ni, klau ada apa-apa lagi aku cerita pula dekat kawan-kawan okay  ^_^



☻Sorry☺

First, aku malas lah nak cakap bahasa inggeris fully,rase pelik and menjanggalkan.Hehe XD. To my friends, I'm very sorry sebab lama gila tak update blog ni. Aku bukan tak nak update tapi tak tau nak cakap apa? Tapi lepas nih aku harap dapat bagi tau banyak perkara dekat korang semua.

Pada khamis baru-baru ni. Aku dengan kawan-kawan aku, main lah baling botol biar masuk dalam tong sampah belakang kelas tuh *macam budak-budak HAHA*.Kelas kita orang punya lah bising,tibe-tibe ada seorang budak dari kelas sebelah datang ketuk pintu. Budak tu cakap "cikgu kelas nak jumpe pengawas".
Aku dan dua orang lagi pengawas undi sape yang nak pergi jumpe cikgu sebelah tu ,last-last aku jugak yang kena pergi jumpe cikgu tuh. Aku turun kan lengan baju yang dilipat pakai tali leher elok-elok and pergi jumpe *Debar gila mase nih*.Lepas masuk kelas sebelah tu macam duduk kat dimensi lain *HAHAHA* , sebab kelas tu senyap sunyi je.Untuk pendekkan cerita, aku  dengan kawan-kawan kena marah *hehe*
.
Maybe that's all for now, malas nak tulis panjang meletihkan. (n_n).