Apabila Bosan Kita Bercerita =)

Okay sekarang ni aku teramat-amat lah bosan sehinggakan aku rasa macam penduduk di hospital tak berapa bahagia. Kalau nak buat kerja sekolah tu rasa tak ada mood lah, nak main dengan adik-adik tapi semuanya tengah buat kerja masing-masing.  Tinggal lah aku seorang yang keboringan ni yang otak dah tak berapa betul and rasa macam masa lambat betul bergerak.

Ohya cakap pasal adik-adik aku tadi, aku baru teringat yang aku belum pernah bagitahu korang apa-apa pun tentang keluarga aku kan? Keluarga aku kan tersangat lah biasa je dan yang specialnya tak ada, keluarga aku biasa-biasa je seperti keluarga yang lain. 



Dalam keluarga aku terdapat Ayah aku the King, Mak aku The Queen, Aku Sheifazir the 1st Prince, Sheirly Nabila my little sister is the Princess, Sheifareez the 2nd Prince. Kalau korang perasan kan? Semua nama aku and adik-adik aku semuanya start dengan "Shei" aku pun tak tahu jugak kenapa mak and ayah aku letak nama tu. Tapi aku bersyukur huhuhu.


From the right is my litle bro, my little sis, me, my father, my mother

H A P P Y ^-^

Hai hai hai,korang semua macam mana sihat ke tak? Kalau tak sihat kasi nama kat aku okay, nanti boleh lah aku tolong doa-doa kan supaya cepat sihat. Ceyh, baik semacam je aku ni. Tapi aku buat ni ikhlas tau bak kata orang tua-tua dulu, ada bidadari sebalik pintu*rekaan je ni hahaha. Okay, aku jadi baik hati and happy macam ni sebab sehari suntuk pada hari khamis and hari ni iaitu hari jumaat, aku buat benda yang boleh menaik kan semangat seperti penceramah tu bagi tahu hari tu. By the way, aku buat kat sekolah kelmarin,  kalau ada sesiapa yang tengok aku kelmarin mungkin anggap aku ni tak siuman. HAHA. Tapi kan, masa first time aku buat tu hanya  bertujuan nak sedar kan diri aku ni dari separuh tidur kat sekolah sebab malam tu aku tidur pukul 1 pagi.*tu boleh kate malam ke?*. Korang nak tahu tak cara nak buat, bende yg menaik semangat? Kalau nak ado kat bawah, kalau tak nak tak apa aku ta kisah n_n.

> First rapat kan tapak tanga kedua- dua belah

> Second, gosok kan kedua-dua tapak tangan antara satu sama lain tu biar panas

> Third, sambil gosok tangan tu cakap "Hari-hari"

> Fourth, sambil gosok tangan lagi cakap " Setiap hari"

> Fifth, sambil gosok lagi tangan cakap "Kita mesti ceria"

> Sixth, tapak tangan yang masih panas tu letak kan kat pipi dan tersenyum.* seperti gambar di bawah*



Okay tu jelah setakat ni ya, aku nak bersiap-sedia pergi solat jumaat pula. Update blog pun, solat jangan ditnggalkan nanti berdosa tau. ^_^


ps: Thank to Gadis Ungu menyuruh ku mengupdate blog or her real name is A_u_i