Tiba-2 muncul kembali

Hai, kali ni nak cite tentang bende yang mula kembali bermain-2 di fikiran ku sejak seminggu ni. Tapi sebelum tu, hari khamis yang lalu time kul 5 gitu, dia ada di depan tiang bendera berjalan-2 dengan kawan-2 hendak pergi ke mana entah. Aku nampak dia, aku pun perhatikan dia then dia pun paling ke arah aku tapi tak tahu lah dia tengok sape, sebaik je dia paling ke arah aku tu. Aku pun tengok ke arah tiang bendera belakang dia. Aku pun tak tahu lah kenapa aku buat macam tu. Tu je lah  ceritanya kejadian tu.

Mehh kite flashback kejap, time aku form 3. Dia form 2 mase tu. kelas dia atas kelas aku. Aku tengok dia, tingginya dia. Aku pun pelik juga kenapa dia paling tinggi, pastu sebelah meje aku ni fahmi. Dia cakap dia berkenan kat dia ni. Aku wat-2 tak tahu je lah. Fahmi nak, cari usaha sendiri lah. Then pmr. Then aku form 4, time aku form 4. Aku kenal dia kat chess, aku tahu nama dia apa and sape adik semua tu. Pastu kenal je lah, mase form 4 tu. aku selalu terasa yang aku nak cakap bende lain dengan dia selain daripada topik yang ada ilmu tu susah. Aku memang rasa macam tu. Habis chess tu, aku tak tegur dah dia sebab aku rasa diri ku ni tak layak.

Sejak seminggu ni, diri ku asyik memikirkan dia je. Aku tak tahu juga kenapa tapi perasaan makin jelas. Dulu aku rasa diri ku tak layak, sekarang diri ku rasa yang aku ni kurang iman :( . Aku rasa, segala ibadat ku tak cukup untuk tegur dia, sekadar 5 waktu sehari semalan :( . Kenapa aku rasa diri ku ni begini? Memang lah bila cakap dengan dia pasal chess, aku boleh je cakap macam biasa tapi bila cakap pasal bende lain. Diri ku tak layak, sebab tu aku tak pernah cakap dengan dia pasal bende lain selain dari chess. Aku tak faham dengan perasaan aku sendiri :( . Kenapa rasa macam ni & kenapa dengan diri ku ni. Di sini juga aku nak mnta maaf sebab aku tersentuh tangan dia time nak susun catur hari tu :( . Aku rasa bersalah sangat. Maafkan aku.

Aku hanya seorang insan yang lemah dan mempunyai iman yang sikit. Ampuni insan ini (u_u) .

Crush & Couple?

Assalamulaikum warramatullahi wabakorakatu. So? Korang macam mana sekarang? Sihat? Sakit? Batuk? Demam? HIV? AIDS? Okay, aku ni over-2 lah pula hahaha. Kali ni nak kasi tahu pengalaman ada crush and pengalaman kapel. Korang pernah rasa tak pengalaman ada crush? Bila kite ade crush ni kan, kita selalu tengok gambar dia ataupun kalau dekat sekolah kita tercari-2 dia. Bila kite malu, kita kadang-2 lari. Kalau tak sempat nak lari, kite wat muka selambe bodoh. Sebaik je dia lalu lepasi kita, kita pun paling ke arah belakang and tengok dia berlalu pergi meninggal kan padangan kita, acewah hahaha. Kita mesti berharap yang dia pun akan suka kita juga.

Kalau ade kapel ni, semuanya menjadi susah. Nak cakap dengan opposite sex pun susah. Please jangan fikir-2 pelik sebab aku guna perkataan tu, BLUE & YELLOW much larr otak korang ni haishh  -___-" . Kita nak pergi mane, perlu kasi tau dia. Kalau kita tak dengar kate, dia marah kat kite. Kita selalu kene jumpa dia and teman dia nak ke mane-2 like seriously, macam tersekat gituu. Tapi tak apalah, tu lah akibat kita nak kapel sangat..... Jadi, memang susah hidup ni kan? Sape cakap senang hahaha. Kita akan mengalami semua ni juga, kita tu nak pilih pasangan kan? Pilih pasangan yang memahami kita and dapat terima dengan perangai kita ni haaaa. Acewah, SODAP-2 jer aku ni nak bagi ceramah tak berbayar ni hahaha.

Aku sekarang maybe dah serabut kowt dengan kapel-2 ni, aku baru je kapel sekali dalam seumur hidup tu pun entah kenapa lah aku kapel, pelik larrr, menyerabutkan kepala and habis kan kedit. Maybe larr jeles tengok juppy dgn ..... & izzat dgn ...... sebab dia orang tak kapel tapi suka antara satu sama lain. Sweet kan? Ada masa depan yang cerah nampaknya bagi dia orang. Sebabnya dua-2 tu ade  daya tarikan sendiri, acecece hahaha. Juppy dia kiut amd izzat pula macam gentleman laki cool gitu? Aku? Tettt dua-2 tak ada. Tapi aku redo :-) . Lebih baik aku ada crush tapi aku ni crush pun tak ada hahahaha.

That's all, tatatititutu hihihi :D