2 More

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarokatu*Sorry lah kalau aku eja salah. Acece.  Aku style alim haha. Kawan aku yang nasihat kan suruh bagi salam. Sebab beri salam kan sunat tapi jawab wajib tau. Jadi jawab lah salam aku tu. Entry aku kali ni kan pasal HOLIDAY. Aku tak sabar lah nak bercuti selepas stress belajar dekat sekolah tu. Dah la, sehari cikgu bagi dalam 2 paper untuk 1 subjek. Lepas tu, esok cikgu nak. Eghh. Memang stress gile gile. Jadi sape yang form1 and form2 tu, Rajin-rajin kan diri dulu ketika masih muda sebelum naik form3 ni. Kalau form4 tu, hehe. SPM lah jadinya nanti tahun depan haha. Okay stop it! cerita pasal belajar ni. Aku nak cakap yang bertapa gembiranya aku ada cuti selama 9 hari bermula selepas balik sekolah hari khamis esok haha. Aku juga tak sabar nak raya. Nak kutip duit raya banyak haha.

Setaka ni dulu lah ya? Aku pun mula pening dengan ayat aku yang belit-belit ni. >>> Today and tomorrow

Huduh kei? aku edit. Tak apa lah, aku bukan panda mengedit pun.

Semalam punya crite -_-'

Perkara yang anda akan baca dibawah tidak berkait dengan orang mati tetapi berkait dengan orang hidup haha.
Semalam kan kan kan kan? Aku pergi berbuka puasa rumah tok aku dekat sabak. Tapi sebelum tu, pergi beli lauk-pauk dulu untuk berbuka tapi aku tak turun pun cuma mak & ayah aku je yang turun. Lepas siap-siap membeli, kami sekeluarga pun pergi direct ke rumah tok aku. Dekat rumah tok aku, aku jumpa sepupu aku yang bijak. Seorang tu nama dia Shazwan, dia dulu sekolah SMKIP sekarang dah pindah ke MRSM PC. Lepas tu, seorang lagi cousin aku shahir tapi aku suka panggil Ngoh!! Dia sekarang tengah semestar break, dia belajar kat Moscow,Russia. Sambil-sambil nak tunggu azan 1 jam lagi tu, aku ber-sms lah dengan kawan baik aku shaq, atau nama penuh dia Syairah Hanani < Ni gadis popular nie haha. Kalau korang tengok, warna tudung same colour dengan muka haha*syaq kalau anda membacanya, ampunkan daku, cuma nak promote name ko kat sini hahaha.

Lepas buka puasa! aku pun ready-ready nak pergi solat terawih. Tapi aku tak bawak baju melayu, jadi pakai t-shirt & kain pinjam haha. Aku bawak tau motor tau biar masjid 100 meter jah dari rumah ^_^. Aku and sepupu aku cuma solat 8 jer. Tu pun nasib baik rajin, klau tak dah 4 jer hahaha. Lepas balik dari masjid tu aku, ayah aku ajak balik. Pastu balik, sampai je depan rumah tapi tak masuk lagi. Ayah aku cakap, nak pergi jalan-jalan. Pergi lah jalan-jalan sampai kat Pantai Cahaya Bulan. Berhenti tengok pantai jap, pantai mase tu gelap. Lepas tu, pergi Kota Bharu pula, last-last berhenti kat kedai mamat spicy dengar orang nyanyi lagu haha. Begitu lah habisnya sehari dengan begitu sahaja, sampai rumah mase tu pukul 12:30 and terus landing atas katil haha.

Cute tak telur ni? Kalau nak makan rasa sedih pula haha