I'm gonna miss you

Pagi-pagi buta macam ni iaitu jam menunjuk kan pukul 1.12 pagi pada hari isnin(14/11/11). Aku tak tahu lah kenapa tapi rasa nak update blog. Sekarang ni kan, aku rasa sedih sangat-sangat, rindu pun ada sebabnya lepas ni pada pukul 8.30 pagi, aku akan bertolak ke _____*tak boleh cakap. Nanti aku balik ni baru cakap*.Jadi aku akan rindu pada sekolah, aku tak akan jumpa dah kawan-kawan,junior,senior yang baik dengan aku. Hari khamis hari tu (10/11/11), ialah hari terakhir aku bersama dia orang untuk tahun ni. Aku akan rindu korang tahu tak? Aku tahu yang aku akan enjoy kat sana tapi aku tetap akan rindu. Pedih nak ucap selamat tinggal, pedih lagi hati aku.


Comel kan BFF aku?
(>_<)
Aku akan rindu dia gila-gila lah, kawan aku sampai bila-bila BFF. Syairah Hanani binti Rizal. =''( . Dia lah kawan aku sampai bila-bila. Aku akan rindu kau kawan. Sejak dua menjak nih, aku selalu tak sempat nak teman dia. Sibuk dengan kutipan buku teks. Sorry kawan ku shaq. Dah la pula, aku nak tinggal kan kau ni. Pedih hati aku ni, kalau ikut hati aku kan. Aku nak juga bawa kau ikut aku pergi sekali tapi apa kan nasib. Segala masalah aku selalu kasi tahu kat dia, dia memang TERBAEK lah. Dah la dia muslimah, ayu, putih, baik hati, cute and banyak lagi lah. She is in one in million.* cewah puji, tak ingt dunia.*. Aku bukan nak puji dia tapi nak PONG!*Ayat cikgu makhtar haha. Tapi memang aku sayang lah kawan aku ni. Aku harap kau duduk dengan amirul izzat selalu bila aku tak ada ni, aku takut jadi apa-apa kat kau okay? By the way, sorry lah selama ni aku selalu mengaju dengan kau. Marah kat kau. Memampus kan kau. Buat kau nangis. Tapi aku tetap sayang kan kau My bestfriend forever. Syairah Hanani jaga please take care of yourself  =') aku pula rasa nak nangis haha. Kalau kau baca lah ni, jangan nangis,*hahah perasan punya aku*

Warning! Jangan sesiapa berani nak kacau/buat dia nangis masa aku tak ada. Nanti kene dengan aku lepas ni. (Seriusly) 


Tag Dari Gadis Cupcake a.k.a kak Amani

Korang nak tahu tak? aku kan telah di tag. haha. Aku pun tak pernah main permainan ni tapi nampaknya best je. Mula-mula macam susah and pening-pening sikit tapi cuba lah try slow and steady, jangan gopoh nanti otak jam then blog pun tak di update hahaha. Okip cukup membebel and cuba tengok kt bwh ni. 

Korang cuma perlu follow je step by step, Ikut mcm kat bawah ni. Baca RULES dulu  nanti faham lah. 

RULES :

• you must post these rules . • each person must post 11 things about themselves in their journal . • answer the questions that the tagger set for you in their post and create 11 questions for the people you tagged to answer . • You have to choose 11 people to tag and link them the post . • no tag backs • no stuff in the tagging section bout "you are tagged if you are reading this " . You legitimately have to tag 11 person .

11 things about me : 

My name is Sheifazir bin Azlan | I am fifteen |I love my family | have a cute and beautiful bestfriend | I am not good in LOVE | I hate KPOP | i am addicted with twitter ing and facebook ing | I like to name my self as fazir when talking to junior or senior | I know how to play guitar | But I dont know how to play piano | wanna meet someone special that Allah choose for me |

Question From kak mani : 




- Which one you prefer to tell about your love ? Mum or dad ?
  • Not both but my bestfriend
- What do you think bout your school ?
  • I like my school for right now
- Do you kept someone secret ?
  • Yes I keep someone secret
- Who is more important ? Bestfriend or lover ?
  • Bestie is mt priority
- KPOP style or english style ?
  • KPOP I hate so English style
- Who is your most important person ?
  • Father,mother,bestfriend 
- Your nickname ?
  • Don't laugh okay,  jay
- Who do you think right now ?
  • My bestfriend
- Having crush on someone ?
  • Err~ Yes. Shh >_<
- Facebook or twitter ?
  • Both
- Do you love your discipline teacher ? 
  • Sometime yes and sometime not
Oke my questions lak untuk orang yang di tag : 

- What is your Important thing?

- Did you ever went to overseas?
- Are you Kpop lover?

- What handphone did you use right now?

- Did you ever couple in your life?

- Do you like to watching televisyen or play lappy?

- Are you a boy or girl or woman or a man?

- What your goal in life?

- What is your bestfriend name?

- Did you love your bestfriend than your friend?

- What you gonna do if someone give you RM 10 000.99?

Mangsa yang di tag :

Zulffy | Imani | Najwa | Ayuni | Amani | 
Mija | Farah | Niyah | Yaya | Tima | Ijak

Contest Blog Saya Terbaik ! by Aina and Rabiatul

Assalamualaikum
Aku telah di tag Gadis Cupcakes untuk menyertai contest Blog Saya Terbaik. Aku ni first time masuk contest, jadi apa-apa pun terserah kepada judges and ketentuan Allah lah. Aku menang atau tak. Harap menang tapi banyak lagi blog yang lagi cantik tapi hanya ku berserah kepada-Nya

1. Warganegara Malaysia #supaya sng nak post hadiah
2. Mesti ada blog #kalau tak ada, sign up cepat
3. Wajib follow blog Aina dan Rabiatul #bukan gila followers tapi untuk tahu perkembangan terkini
4. Yang boleh join ialah kaum Adam dan kaum Hawa #lelaki dan perempuan
5. Buad satu entry bertajuk "Contest Blog Saya Terbaikkk! by Aina dan Rabiatul"
6. Dalam entry tu, tempekkan banner yg ada kat atas skali tu dan linkkan kat url contest ni
7. Tag 3 org atau lebih dan pastikan dorg tahu
8. Lepas buat entry tu, copy url entry korg n then paste kat ruang comment entry contest Aina. Link mcm ni "ainamarsya.blogspot.com" takkan diterima dan automatic direject ;D
9. Contest bermula dari 22 Oktober 2011 sehingga 22 November 2011

Orang yang di TAG :gadis amani / Imani / Zulffy

Jam Uan Form 3

Memang minggu yang meletih kan. Balik je lawatan hari selasa, hari keesokannya iaitu rabu. Aku pun perlu pergi ke jamuan untuk tingkatan 3. Memang letih lah, ingt nak tido kat rumah hari rabu tapi kene pergi juga jamuan tu. Pergi pun rasa enjoy juga. Aku masa tu, pakai pink doe. Hahahaha. Sebab aku janji dengan bestfriend aku yang aku nak pakai baju matching dengan dia. Kat jamuan tu, bukan aku seorang je lelaki yang pakai pink. Ada lagi dua orang lah kalau tak silap aku. Pakai pink juga syazwin and aleeq. Baju dia orang full warna pink tapi baju aku ado line sikit-sikit je warna pink. Tapi tak apalah kan, at least ada juga warna pink tu. Masa balik jamuan tu aku perlu lah masuk ke sekolah di atas sebab-sebab tertentu. Malu doe, ramai gila yang tengok aku macam aku ni pelik, mungkin aku pakai pink kot#okayperasan.









Melaka >> Kuala Lumpur is the journey form 3 after PMR


Hidup form 3 memang best juga kadang-kadang hahaha. Sebab aku baru je pergi lawatan sekolah dengan kawan-kawan. Best Siot. Memang happy lah dapat pergi sana. Aku pergi Melaka naik kereta api and ke KL naik bas and balik ke kelantan naik kereta api. Dah la aku duduk dekat kerusi yang ada meje. Special kes, VIP hahaha. Lepas tu 4 orang jah laki dekat gerabak tuh. Selebihnya perempuan hahaha. Best kan? Malas nak story mory. Aku nak bg tgk gmbr jer.




























Hidup shushah

Salam. Nampaknya sudah lama gila aku tak update blog ni kan, kalau blog ni almari mesti dah berhabuk dah and penuh dengan haiwan pelik-pelik kat sini hahaha.  Kalau macam tu, kejap nak bersih kan

Shush shuhs shuhs shuh
Ping pong pung pang
Krot krat kret krit
Tett tutt truttt Trott
Poww BOOM teetttt POM !

Okiep, sudah pun dibersihkan oleh aku. Bukan bersihkan je tau, aku renovate balik dah hahaha. Macam lah cantik pun aku renovate. Aku tak pandai macam orang lain pasal blog ni, jadi aku buat yang simple-simple sudah. Okay, aku nak minta maaf banyak-banyak lah sebab aku ni malas nak update blog + sebelum ni sibuk dengan exam PMR yang makin hampir tapi sekarang PMR sudah pun habis. Masa untuk enjoy (>_<) . Enjoy apa ya? Sejak habis PMR ni, hidup makin boring. Rasa macam bangkai bernyawa ada juga hahaha.
Bangun Pagi > Pergi sekolah > Solat Hajat > Lepak > Rehat + makan makan (ermm Best) > Balik rumah > Makan pula > tengok TV > Makan lagi > Tengok tv/Berfacebooking > Tido. Erghh Begini lah hidup seharian. Memang boring and tak ada excitement. Kalau sebelum ni, debar sebab kerja sekolah tak siap lah, frust dengan soalan yang tak faham tapi sekarang memang bangkai bernyawa dah =.=" . Tak tahu nak buat apa dah sekarang ni and badan nak malas jer. Serabut betul hahaha. Lepas tu, aku pula tengah risau tentang masa depan. Which road should I choose. Bende ni lah tengah bermain dalam kepala aku.

Okiep, setakat ni dulu post ini byeeeee

Journey of three day beraya

Raya ke-2

Raya kedua ni, sebelah petang cuma pergi melawat rumah saudara-mara lepas tu sebelah malam BBQ. Habis bende BBQ ayam,daging,sosej and tak ingat dah. Aku mula-mula tu rajin gila tolong hidup kan api. Pastu lepas siap 15 ketul ayam aku berhenti pergi makan hahaha. Rajin kan? Bak kate pepatah melepas batuk di tangga lah aku ni ^_^


Raya ke-3

Raya ke tiga adalah sesi untuk melawat ke rumah kawan-kawan. Tapi aku pergi melawat ke rumah sepupu aku(Syazwan) and kawan aku form 4(Naqib) bersama-sama dengan 8 orang lagi Amier,Azim,Mudzaffar,Syazwan,Afif,Azhan,Fadhil,Syahmi. Pergi rumah naqib lepak-lepak and beraya. Tuan punya rumah iaitu naqib pakai baju purple and berseluar hitam*perlu ke cakap? Apa lagi ya? Lepas pergi rumah Naqib terus balik rumah
Ni lah tuan punya ruma Naqib n_n

Raya ke-4

Raya keempat sesudah solat jumaat aku  pun balik ke rumah tok aku dekat kg. sabak tu. Aku pergi nak makan rumah saudara aku sebab dia bertunang. Auww aku bila pula ya? haha. Lepas makan tolong angkat-angkat pinggan and menghidang kat orang (n_n) baek hati tiba-tiba nak pergi tolong. Sebelah malam pula aku main mercun haha. Mak saudara aku tersilap beli mercun ketupat jadi dia minta aku habis kan. Malam tu juga aku habis kan mercun tu. Kereta Myvi kat depan rumah tok aku tu. Berapa kali bunyi, kalau tak silap 20 bunyi sebab bunyi mercun ketupat aku tu tapi aku buat bodoh jer. Okay lah setakat tu je Bye.

Model baby of the year.
*Tumpang ambil gambar atas pelamin.
Ini my cousin Arisha namanya. ♥

Gentleman of the year. haha.
Beloved brother ni. ♥

Raya Time ☻

Yow! Whassup people. The DJ is in the house man. Okay memang tak waras hahaha. Raya dah menjelang, mesti semua orang happy and sedih kan. Happy sebab raya dah menjelang tapi sedih ramadhan meninggal kan kita. Tak apa, kalau tuhan izin kan tahun depan kita berjumpa lagi dengan ramadhan yang penuh nikmat itu. Okay cukup sedih-sedih, sekarang nak happy pula. Nak cerita tentang raya yang 1rd dulu. Raya yang first adalah sesi berfotoshoot untuk satu keluarga. Seperti aku, telah pun berfotoshoot pagi tu kat rumah atuk aku kg. Sabak.

Ini lah dia gambar yang di ambil guna DSLR aku tu haha =P
cantek tak? Kalau tak cantik biar kan okay.

2 More

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarokatu*Sorry lah kalau aku eja salah. Acece.  Aku style alim haha. Kawan aku yang nasihat kan suruh bagi salam. Sebab beri salam kan sunat tapi jawab wajib tau. Jadi jawab lah salam aku tu. Entry aku kali ni kan pasal HOLIDAY. Aku tak sabar lah nak bercuti selepas stress belajar dekat sekolah tu. Dah la, sehari cikgu bagi dalam 2 paper untuk 1 subjek. Lepas tu, esok cikgu nak. Eghh. Memang stress gile gile. Jadi sape yang form1 and form2 tu, Rajin-rajin kan diri dulu ketika masih muda sebelum naik form3 ni. Kalau form4 tu, hehe. SPM lah jadinya nanti tahun depan haha. Okay stop it! cerita pasal belajar ni. Aku nak cakap yang bertapa gembiranya aku ada cuti selama 9 hari bermula selepas balik sekolah hari khamis esok haha. Aku juga tak sabar nak raya. Nak kutip duit raya banyak haha.

Setaka ni dulu lah ya? Aku pun mula pening dengan ayat aku yang belit-belit ni. >>> Today and tomorrow

Huduh kei? aku edit. Tak apa lah, aku bukan panda mengedit pun.

Semalam punya crite -_-'

Perkara yang anda akan baca dibawah tidak berkait dengan orang mati tetapi berkait dengan orang hidup haha.
Semalam kan kan kan kan? Aku pergi berbuka puasa rumah tok aku dekat sabak. Tapi sebelum tu, pergi beli lauk-pauk dulu untuk berbuka tapi aku tak turun pun cuma mak & ayah aku je yang turun. Lepas siap-siap membeli, kami sekeluarga pun pergi direct ke rumah tok aku. Dekat rumah tok aku, aku jumpa sepupu aku yang bijak. Seorang tu nama dia Shazwan, dia dulu sekolah SMKIP sekarang dah pindah ke MRSM PC. Lepas tu, seorang lagi cousin aku shahir tapi aku suka panggil Ngoh!! Dia sekarang tengah semestar break, dia belajar kat Moscow,Russia. Sambil-sambil nak tunggu azan 1 jam lagi tu, aku ber-sms lah dengan kawan baik aku shaq, atau nama penuh dia Syairah Hanani < Ni gadis popular nie haha. Kalau korang tengok, warna tudung same colour dengan muka haha*syaq kalau anda membacanya, ampunkan daku, cuma nak promote name ko kat sini hahaha.

Lepas buka puasa! aku pun ready-ready nak pergi solat terawih. Tapi aku tak bawak baju melayu, jadi pakai t-shirt & kain pinjam haha. Aku bawak tau motor tau biar masjid 100 meter jah dari rumah ^_^. Aku and sepupu aku cuma solat 8 jer. Tu pun nasib baik rajin, klau tak dah 4 jer hahaha. Lepas balik dari masjid tu aku, ayah aku ajak balik. Pastu balik, sampai je depan rumah tapi tak masuk lagi. Ayah aku cakap, nak pergi jalan-jalan. Pergi lah jalan-jalan sampai kat Pantai Cahaya Bulan. Berhenti tengok pantai jap, pantai mase tu gelap. Lepas tu, pergi Kota Bharu pula, last-last berhenti kat kedai mamat spicy dengar orang nyanyi lagu haha. Begitu lah habisnya sehari dengan begitu sahaja, sampai rumah mase tu pukul 12:30 and terus landing atas katil haha.

Cute tak telur ni? Kalau nak makan rasa sedih pula haha

Birthday.

Tanggal 17 ogos, telah berlakunya suatu peristiwa yang amat bermakna kepada seorang budak perempuan. Nama blognya adalah Gadis Ungu, cari-cari lah ya nama sebenar dia. Peristiwa yang berlaku itu ialah, birthday yang ke-14 untuk budak tersebut. Nak cakap kat facebook hari tu TAPI terlupa, jadi kat sini sudah lah ya? H A P P Y    B E L A T ED   B I R T H D A Y.

 
















Sorry if I edit not pretty, tak pandai sangat edit-mengedit ni. ^_^
Kbye.

Kenapa?

Hai people, you all macam mana? sihat ke tak? letih ke tak? puasa ke tak? Tapi ingat puasa tau jangan tak puasa nanti kene ganti. Okay first of all aku nak cakap sesuatu dulu "YYYYYYYYAAAAAAAHHOOOOOO" okay dah. Haha. Macam orang gila dah aku ni, tapi kan? ada sebab tertentu aku buat macam tu, sebabnya periksa percubaan  dah nak habis tapi tak habis lagi tau. Cuma tinggal 2 paper je lagi iaitu geografi dan kemahiran hidup. Tapi bukan itu yang aku nak cakap hari ni, hari ni aku nak tentang someone,

Someone ni kan aku rindu dia sangat-sangat sebab dia dah meninggal kan aku. Dia tinggal kan aku lama dah, dia tinggal kan aku dah seminggu lama kan? Dia tinggal kan aku sebab dia kene pergi luar negara huhuhu. Aku selalu doa kan dia & family dia agar tak jadi apa-apa. Someone ni seorang perempuan and nama singkatan baginya NAS. Dia form 2 kelas _ _ pikirlah sendiri kalau nak tahu. "N bila awak nak balik ni, saya rindu kat awk"

Pada hari khamis hari tu kan, aku balik lah dengan bas CERIA dan tuan punya bas pok cik Nasir. Ada satu kejadian yang membuat aku ______*tak tergambar perasaan aku tu. Aku dan kawan-kawan aku tengah berdiri sebabnya tempat duduk dah kene take over oleh perempuan -,-!. Kita orang pun borak-borak lah kan tapi tiba-tiba aku dengar budak perempuan ni duduk cakap pasal N. Aku pun apa lagi, senyap lah sebab nak dengar apa yang dia orang cakap kan tu. Budak perempuan tu cakap "Ehh, bile najwa balik?" "Kalau tak silap 9 hari bulan ni kei". I say, aku tak tau lah yang budak perempuan ni sengaje atau tak. Grr -,-!

Okay lah that's all for now, last thing I want to say is "Come back already, I'm missing you" that;s all

Exciting Tuesday

Aku ni nak bagi tahu yang selasa hari tu memang pelik bagi aku, selasa hari tu pada 12/7/2011. Sebabnya pada pagi tu kan? Aku dapat mimpi yang aku akan pindah sekolah ke sekolah berasrama penuh Sekolah ni bukan dekat kelantan tapi dekat negeri lain. Negeri tu ialah aku pun tak tahu haha. Mimpi aku tak bagi tahu pun negeri mana tapi memang sure bukan kelantan.

Aku dengan family pun pergilah sekolah tu untuk tengok asrama je, tapi tak nak tengok pun sekolah tu macam mana hehe. Bangunan asrama tu cuma boleh gambar dua perkataan je 'Tak tahu". Aku tak ingat lah macam mana bangunan asrama tu tapi masih fresh lagi dalam ingatan aku keadaan bilik asrama tu. Dalam bilik tu ada empat buah katil, empat meja study sekali dengan kerusi, empat locker and satu bilik air. Sebaik je aku masuk bilik air tu terus aku check lubang batang paip, aku pun tak tahu kenapa aku buat begitu.Weird. Selepas tu. aku aku kedengaran bunyi seperti lagu. Tiba-tiba pushh pishh pashh aku tersedar dari tidur dan terduduk. Aku melihat handphone aku yang menyedarkan aku dari tidur dengan alarm yang berbunyi lagu I'm not insane.

Nampaknya setakat ni dahulu kita bersama. Jangan lupa untuk mengikuti cerita selanjutnya. Cerita berikutnya mengenai "Aku selepas waktu sekolah"

Apabila Bosan Kita Bercerita =)

Okay sekarang ni aku teramat-amat lah bosan sehinggakan aku rasa macam penduduk di hospital tak berapa bahagia. Kalau nak buat kerja sekolah tu rasa tak ada mood lah, nak main dengan adik-adik tapi semuanya tengah buat kerja masing-masing.  Tinggal lah aku seorang yang keboringan ni yang otak dah tak berapa betul and rasa macam masa lambat betul bergerak.

Ohya cakap pasal adik-adik aku tadi, aku baru teringat yang aku belum pernah bagitahu korang apa-apa pun tentang keluarga aku kan? Keluarga aku kan tersangat lah biasa je dan yang specialnya tak ada, keluarga aku biasa-biasa je seperti keluarga yang lain. 



Dalam keluarga aku terdapat Ayah aku the King, Mak aku The Queen, Aku Sheifazir the 1st Prince, Sheirly Nabila my little sister is the Princess, Sheifareez the 2nd Prince. Kalau korang perasan kan? Semua nama aku and adik-adik aku semuanya start dengan "Shei" aku pun tak tahu jugak kenapa mak and ayah aku letak nama tu. Tapi aku bersyukur huhuhu.


From the right is my litle bro, my little sis, me, my father, my mother

H A P P Y ^-^

Hai hai hai,korang semua macam mana sihat ke tak? Kalau tak sihat kasi nama kat aku okay, nanti boleh lah aku tolong doa-doa kan supaya cepat sihat. Ceyh, baik semacam je aku ni. Tapi aku buat ni ikhlas tau bak kata orang tua-tua dulu, ada bidadari sebalik pintu*rekaan je ni hahaha. Okay, aku jadi baik hati and happy macam ni sebab sehari suntuk pada hari khamis and hari ni iaitu hari jumaat, aku buat benda yang boleh menaik kan semangat seperti penceramah tu bagi tahu hari tu. By the way, aku buat kat sekolah kelmarin,  kalau ada sesiapa yang tengok aku kelmarin mungkin anggap aku ni tak siuman. HAHA. Tapi kan, masa first time aku buat tu hanya  bertujuan nak sedar kan diri aku ni dari separuh tidur kat sekolah sebab malam tu aku tidur pukul 1 pagi.*tu boleh kate malam ke?*. Korang nak tahu tak cara nak buat, bende yg menaik semangat? Kalau nak ado kat bawah, kalau tak nak tak apa aku ta kisah n_n.

> First rapat kan tapak tanga kedua- dua belah

> Second, gosok kan kedua-dua tapak tangan antara satu sama lain tu biar panas

> Third, sambil gosok tangan tu cakap "Hari-hari"

> Fourth, sambil gosok tangan lagi cakap " Setiap hari"

> Fifth, sambil gosok lagi tangan cakap "Kita mesti ceria"

> Sixth, tapak tangan yang masih panas tu letak kan kat pipi dan tersenyum.* seperti gambar di bawah*



Okay tu jelah setakat ni ya, aku nak bersiap-sedia pergi solat jumaat pula. Update blog pun, solat jangan ditnggalkan nanti berdosa tau. ^_^


ps: Thank to Gadis Ungu menyuruh ku mengupdate blog or her real name is A_u_i  

Dup Dap Dup Dap ♥

Okay sekarang nak layan sikit blog yang lama dah tak di update huhuhu. Story kali ni nak cerita pasal hari sukan yang telah dianjurkan oleh sekolah (>,<). Tapi sebelum tu nak cerita dulu kenape tajuk dia macam tu, sebabnya bunyi jantung ku yang pantas bedenyut selepas sukan.

Okay kalau nak cerita secara terperinci memang panjang, mungkin tak cukup ruang blog kot hahaha. Aku cerita secara sinopsis jelah untuk minggu ni

Ahad > Belajar
Isnin > Motivasi a.k.a tak belajar
Selasa > Rehearsel hari sukan a.k.a tak belajar
Rabu > Hari sukan a.k.a tak belajar
Khamis > Cuti
Jumaat > Cuti
Sabtu > Larian 1 Malaysia

Macam mane dengan jadual aku untuk minggu ni, cantik kan?HAHA. Aku memang happy sangat-sangat minggu ni tak strest. Tapi minggu depan dah datang balik strest yang ingin ku jauhi itu ='( . Tukar topiklah, malas nak emo and sedih-sedih ni. Aku hari ni main sukan and satu pun tak dapat medal YAHOO!!. Well aku memang nak menang tapi apakan nasib kita yang tak berapa pandai merejam and melepar nih. Sukan first tu Merejam Lembing dan aku dapat nombor 5 ^_^ . Sukan kedua pula Melempar Cakra dapat nombor 4. Camtik kan nombor aku hahaha.

Okay setakat tu je lah cerita untuk hari ini, nak bertenang and rest kan badan dulu dari keletihan, bukan keletihan bermain sukan tapi keletihan jalan-jalan keliling sekolah huhu (n_n)

Happy Shock (>_<)

Kali ni aku nak cerita tentang birthday aku lagi.Hehe*perasan gile aku*. Okay fine memang aku perasan but still it is real me not someone okay? Macam mana ya nak start cerita nih, hentam kromo jelah deh?

Ceritanya bermula begini pada hari khamis iaitu ketika hari birthday aku. Pada malam itu, ayah aku pun sampai rumah dengan teksi dari airport kalau tak silap aku pada 9 malam ayah aku sampai rumah. Sebabnya ayah aku dia baru pulang dari Vietnam. Pastu kira-kira dalam pukul 10:30 kalau aku tak silap ,ayah aku cuma bagi baju je dari Vietnam. Pastu aku rase sedih gile lah. Cuma dapat baju je, ingat dapat lah apa-apa yang menarik.

Hari keesokannya kira-kira pukul 3pm. Ayah aku pun bawa 1 family pergi Mall. Aku sebenarnya tak nak ikut tapi dekat rumah bosan gile tak tau nak buat ape. Pastu pergi lah jalan dalam Mall tu, ketika duduk jalan-jalan tu ayah aku pun berhenti dekat kedai Phone. Adik aku pun cakap "Abah-abah, kakak nak telefon tu". Ayah aku pun suruh orang dia keluar kan. Aku pun tak kisah lah and main-main dengan adiik aku. Mak aku tanya

Mak : Zer comey dok telefon ni?
Aku : Comey!!
Mak : Nak ke tak nak telfon ni?
Aku : Hah!! aku cakap nak. Mama, nape? telepon tu ko zer ke? kat sheirly?
Mak: Zer lah, dah sape lagi?
Aku: Kat zer?*dalam hati aku tersorak cam orang gile hahahaha.

Aku pun cakap kat ayah aku yang aku nak Iphone 5. Ayah aku tanya, pastu penjual tu cakap tak ada lagi. Sedih aku ingat nak Iphone5, kalau Iphone4 tu malas lah aku, dah ramai orang pakai*koyanya aku. Tapi apa-apa pun Aku ikut pilihan ayah aku jelah malas nak membantah .At leas dapat juga kan phone baru,bukan sekadar dapat baru je. Aku dapat phone Sony Ericsson Vivaz berwarna black. Aku tanya warne biru ada? dia cakap tak ada
Kalau nak tengok gambar dia, ada kat bawah ni. >>>>




Special Day ^,^

Aku kan sebenarnya happy sangat sangat kerana ia tak sama dengan hari ******** aku yang lain. Kali ni special sikit, sebab ada special fenomena yang akan berlaku pada 16th ni iaitu Gerhana Bulan Penuh. Pastu kan, dekat malaysia pun boleh tengok juga huhu. Kalau nak tahu lebih lanjut baca kat bawah ni >>>>> 

Tanggal 15-16 Jun 2011, sebahagian Bumi berpeluang menyaksikan fenomena gerhana penuh Bulan. Seluruh Malaysia berpeluang menyaksikannya pada tanggal 16 Jun 2011. Seluruh gerhana ini juga boleh dilihat di benua Afrika, Eropah, sebahagian besar Asia dan Australia. Bagi tahun 2011 akan berlaku dua kali gerhana penuh Bulan dan kali ini adalah salah satu dari gerhana tersebut. Gerhana penuh Bulan hanya akan berlaku ketika fasa purnama.

Di Malaysia fasa gerhana kali ini bermula apabila Bulan menyentuh penumbra pada 16 jun 2011, jam 01:24 (waktu tempatan-Malaysia). Ketika fasa gerhana ini bermula Bulan telah berada di langit barat. Semasa ia berada dalam bayang penumbra cahaya Bulan mula berkurangan tetapi sukar dikesan dengan mata kasar. Seterusnya fasa total bermula apabila Bulan mula menyentuh umbra pada jam 03:22. Bulan mula kelihatan gelap secara perlahan-lahan sehingga ia menjadi gelap sepenuhnya jam 03:22 dan di tengah-tengah fasa total pada jam 04:13. Tempoh Bulan mengalami fasa gelap sepenuhnya selama 100 minit. Bulan mula meninggalkan bayang umbra dan memasukki penumbra secara perlahan-lahan pada jam 05:02. Ia mula kelihatan bercahaya sedikit demi sedikit sehingga penuh pada jam 06:02 dan kembali menjadi normal pada 07:02. Gerhana bulan boleh dilihat dengan mata kasar tanpa perlu menggunakan penapis.

Tapi nak tengok bende ni sampai habis kene tunggu sampai pukul 7 pagi lah. Huhu. Tapi aku mungkin akan tengok kot sampai pukul 2:30 pagi, Ohya, kalau korang nak tahu yang aku tulis ******** tu adalah Birthday.

Okay tu je kot nanti saya update lagi lepas ni okay? Gonna Miss You All
*puih perasan hahaha

Wierd World o_O

Okay, hari ni bermulanya sekolah untuk second semestar huh!! (>_<)  Bencinya aku, aku tak habis lagi enjoy cuti ni sekarang dah perlu balik ke sekolah balik. Rasa baru semalam je aku duduk bersuka ria dengan kawan - kawan  pada hari terakhir sekolah sebelum cuti semestar. Sekarang dah pun bermula semula sekolah.

Ni dah off topic dah kan? Yang atas tadi tu ^^ tak ada kaitan pun dengan tajuk yang aku beri ni. Hehe (n_n). Okay ceritanya bermula begini, sehari sebelum nak bermulanya sekolah aku duduk enjoy berchating and calling calling kat member aku*wahh member nah hahah*. Walaupun aku duduk enjoy tapi kerje sekolah  yang telah diberi belum siap. Pada malam tu, aku tengok lah AF. chop chop. AF tu bukan maksudnya Al - Farabi tapi Akademi Fantasi. Dah lah ni konsert last pastu tak akan ada dah AF lepas ni, jadi takkan aku nak lepas kan peluang ni untuk tengok kot, MESTILAH tidak No Way Okay?.Hahaha.Sambung balik tentang tadi, lepas aku tengok AF aku pun berada dalam "dilema" sebabnya esoknya akan bersekolah. Aku duduk dalam dilema dalam sejam and tersedar je dah pukul 12.30 a.m. ianya dah pun masuk hari persekolahan dah. Aku apa lagi bergegas lah nak buat homework.

Aku buat Homework sampai lah pukul 2.30 a.m. aku rasa tak ngantuk lagi jadi aku pun main chess dengan computer. Jam menunjuk kan pukul 3.00 pagi aku pun dengan larenya pergi ke katil and tidur. Bangun je aku mandi - mandi,solat and get ready for school. Pada pukul 7.15 aku sampai di sekolah, sebaik je aku menjejak langkah ke dalam kawasan sekolah seperti aku di dunia yang lain dah. Aku rasa sunyi and keseorangan. Aku pun terus berjalan dengan laranya menuju ke kelas, ketika aku sedang menaiki tangga untuk ke kelas terdengar suara ketawa. Aku pun tefikir macam pernah ku dengar suara tersebut tapi di mana ya? Aku pun terus menaiki tangga untuk mengetahui suara siapakah itu, rupa - rupanya suara Raidah kawan ku di kelas sebelah. Tidak pernah ku sangka seorang yang sekecil itu boleh ketawa dengan kuat.

Aku pun terus menuju ke kelas tanpa menghirau sesiapa pun. Ketika ku memasuki kelas, aku nampak yang kelas tersebut sudah pun bersih tersusun mejan dan kerusinya. Aku rasa bahawa gadis - gadis yang di dalam kelas telah menyusunnya. Aku pun menghempas bag ku di atas kerusi and aku duduk. Aku hanya hanya seorang lelaki dalam kelas tu yang lain semuanya perempuan, aku pun duduk diam sahaja kerana tidak mahu mengacau orang lain yang sedang berkongsi pengalaman dengan rakan mereka. Setelah menunggu selama 10 minit, rakan - rakan ku pun datang secara berkumpulan dari asrama. Aku hanya menunjuk kan senyuman palsu, nampaknya aku masih belum sedar dari dilema ini. Sehari suntuk di sekolah aku menunjuk kan senyuman palsu itu, dan tidak tahu tentang keadaan sekeliling.

Wahh.. aku memang dalam dilema lah kan di sekolah hari ni, and itu first time aku rasa macam tu. Jadi sebab itu aku kasi tau yang title dia adalah Weird World

Sedikit sahaja lagi

Aku dah siap dua dah kerje sekolah, sekarang dah tinggal 18/20, sikit kan lagi? Haha. Aku memang akan bawa penyumbat telinga dah, tapi aku ada ke penyumbat telinga? tak apalah aku bawa kapas pun tak apalah asal kan ada bende nak sumbat telinga aku ni dari masuk "ngepek" cikgu .HAHA. Aku laki kan? mestilah cikgu tak akan "ngepek" je, mesti cikgu akan denda jugak kan? I say kene denda ni memalukan tau, takut takut cikgu suruh berdiri di kaki lima .Arr. Lagi lah malu, cikgu and  pelajar lalu lalang pastu mesti kene mengumpat oleh orang. Tapi kalau orang nak mengumpat tu biar lah, aku aku tak kesah pun. Nanti dia orang juga yag dapat dapat dosa and aku dapat pahala (>_<) .

Nak cerita sikit ni, hari ni aku tak banyak pun buat kerje sekolah aku cuma duduk depan lappy and komputer and layan fb sejak dari pukul 12 tengah hari hinggan pukul 6 petang. I say 6 jam tu, aku start buat kerje sekolah pada pukul 6 petang and nak release tension kejap lepas sejam buat kerje sekolah. Hek eleh, kejapnya. hehehe. Aku kan, mestilah macam nih.

Okay nak pergi sambung balik lah buat kerje sekolah see yaa (n_n)

Complete ♥

Yahoo YAY WOW!! haha. Aku sudah tak waras kot. Yes memang aku sudah tak waras sebab kan collection aku sudah pun complete YAY!! Korang semua nak tahu tak ape dia collection aku tu? Collection aku tu adalah Camera (>_<) . Korang nak tahu tak cerita sebalik camera tuh? Biar aku cerita okay?
Bermulanya begini pada hari jumaat kelmarin(9/6/2011) ayah aku pun pulang dari entah*tak tahu dia pergi mana* pada pukul  6 petang bersama-sama plastik bag yang tertulis Sony kat bag tuhh.. Aku ingat gadget apa aku pun tak lah kisah sangat sebab ayah aku tu minat beli gadget yang pelik-pelik. Aku pun terus tengok tv and intai-intai apa yang ayah aku beli sebab dia duduk sebelah tu je. Mula-mula ayah aku keluarkan bag lepas tu keluarkan kotak kecik lepas tu kotak kecik pula pastu kotak besar. Ayah aku buka kotak besar tu and keluarkan benda dalam tu. Rupa-rupanya DSLR yang nikon Wah. Aku dalam hati macam nak melompat seperti orang gila dah tau. Tu je lah ceritanya and sekarang dekat rumah aku sudah complete dah. Camera biase/Video cam and DSLR.

This My DSLR the newest camera that I have 

This is my Video Cam 

And this is my best pal for a long time and I don't remember when I gotta a hold of this camera but it is always been with me when I sad or happy