#Seksa#

Aku terseksa sebab baru-baru ni,aku pergi ke kem Anggota Pangkat Rendah(APR).Selama 4 hari 3 malam. Memang indah lah, mase mula-mula masuk pintu pagar tu. Tapi bila mula je "aktiviti yang mula-mula" memang sikit je terasa, dia strict sikit.Tapi bile masuk hari kedua tak boleh nak bayang kan macam mana perasaan aku. Bayangkan masuk tidur dalam pukul 1 lepas tu bangun pukul 5. Bangun tu, Sembahyang witir,taubat,hajat lepas tu baru sembahyang subuh,aduhai aku masa sembahyang tu dalam keadaan separuh sedar.Ishhh.. jangan cakap kat orang lain tau.Hari ketiga tu, yang menariknya, bangun pagi pukul 3 lepas tu, start dari kem tuh hingga lah ke tempat perkuburan paling besar kat kelantan tapi tak ingat dah apa name perkuburan tu. Kalau nak kata, lebih kurang 3km berjalan dari kem sampailah ke kubur tu. Setiap orang diberi kubur masing-masing dan diminta duduk disebelah kubur yang telah ditentukan tu. Kita orang dimintak pegang lepas tu peluk batu nisan kubur tu.*Best kan? XD*. Lepas tu di pun bagi lah ceramah yang kubur tu rumah tu and ingat ibu bapa blablablabla~ ~ ~ sebab nak suruh kita insaf. Tapi aku bukan dengar semua yang dia cakap sebab aku duduk perhatikan kubur tu sambil membaca surah-surah yang aku tahu. Aku tengok kubur tu rasa kesian pula sebab duduk di bahagian belakang sekali, lepas tu penuh dengan rumput atas kubur tu. Tapi kubur tu, punya lah batu nisan besar tapi kubur kecik je aku pun tertanye-tanye orang yang letak batu nisan tu sengaje atau memang perlu letak dekat situ. ?-? .


Wahhhh.  huduhnya. Ni sebab aku ambil gambar depan kubur
 Aku dengar orang cakap kalau nak tahu hantu ada ke tak?
                 Kita patut ambil gambar. Tapi aku cuma try je nak tahu jadi ke tak ^_^






                                        
Di tengah jalan yang gelap gelita hanya satu sahaja yang bercahaya terang iaitu "Baju Beriged" XD







Maaf lah ya aku tak sempat nak ambil gambar berdua-duaan dengan kubur tu. ='( . Lepas pergi ke kubur tu Fasilitator( x tau eja btul x ) bawa kami semua berjalan ke Masjid berdekatan untuk solat subuh, lebih kurang 1 km juga berjalan dari kubur ke  masjid tu. Lepas solat tu ingat nak lah relax-relax berjalan tu tapi lain pula yang jadi. Pelajar-pelajar lain habis start joging dan ada jugak yang lari tapi fasilitator tak ada pun suruh lari dengan joging aku pun terpaksa lah ikut juga joging. Tapi kan yang terkejutnya, aku duduk belakang sekali semasa mula-mula start jogging bila sampai kat kem aku dalam nombor yang ke-20 ke atas daripada 108 pelajar. I say man, memang susah lah nak percaya.

Setakat tu sudah lah ya? aku sudah penat tulis ni, tak akan aku nak cerita satu demi satu apa yang berlaku dekat kem tu ^_^

4 comments:

  1. waa,tepi kubur?? x nmpk apa2 ke zer?? pocong ke,hntu raya ke,cahaya putih ke.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Nope x nmpk ape2, cuma yg menggerung kan hanya pokok tinggi pastu ade wayar2 turun dr dahan, mungkin pokok tuh berumur dalam 8 - 10 thn

    ReplyDelete
  3. zer,confirm wayar ke tu?? hehehehehe

    ReplyDelete
  4. X tau lah sbb dlm gelap tu gak, nmpk mcm wayar

    ReplyDelete