Hai, hari ni hari sedih.
Syairah Hanani kan, dia tak cakap pun dekat aku yang dia nak datang ke sekolah. Tak ada orang pun kasi tahu aku. Tapi aku tahu dengan sendirinya sebab aku terbaca comment dia. Tapi tak apa lah, aku tak kisah pun dia tak bagi tahu dekat aku. Sejak dia pergi, hidup aku kosong kan tapi dia tak tahu pun. Aku tak kisah semua tuh. Aku nak kau tahu yang aku rindu kau.
Hari ni kau datang ke sekolah sebab cuti,. Banyak kali aku nampak kau tapi aku buat-buat tak nampak. Sebab ketika tu, aku tak nak kacau kau bertemu dengan kawan-kawan kau yang lain. Ketika mula kau tegur dan buat pertama kalinya aku bercakap dengan kau. Aku menipu, yang aku tak nampak kau. Tak apa, aku tanggung dosa menipu tu. Tetapi masa tu aku ingin sangat bertemu dan berborak dengan kau tetapi kau pula sedang bercakap dengan ____ a.k.a. anak saudara kau. Jadi aku biar kan pula, sehingga lah tamat waktu persekolahan dan aku tak cakap pun apa yang aku nak cakap.
Tahu tak, aku nak nangis sekarang ni. Tahu tak yang aku nak sangat cakap dengan kau. Aku bukan nak cakap 10-20 minit. Aku nak cakap 3-4 jam dengan kau. Aku nak bagi tahu semuanya pasal yang terjadi sejak pemergian kau itu tapi apakan nasib. Hajat aku tidak tertunai, tak apa lah.
Aku nak pergi rumah kau tapi kau bagi alasan yang kau hendak ke lain. Jadi, aku cuma menjawab dengan simple. Tak apalah, mungkin aku tak dibenarkan untuk bercakap dengan kau. Setiap kali aku mesej pula, kau selalu akan jadi tak ada mood nak mesej. Bila aku nak telefon kau memberi alasan bahawa takut warden datang mari check. Bila aku mintak kau cerita pasal hal yang lain, kau memberi alasan susah nak cerita kot mesej guna telefon tu. Tak apalah
Mungkin kau tak anggap lagi yang aku kawan baik kau. Malah, hubungan kita semakin jauh. Walaupun begitu, aku tetap akan anggap kau sebagai BFF. Walau aku sakit hati banyak kali, walau aku sedih banyak kali. Thankzz for everything kawan. Aku harap kau happy lah, tu je permintaan aku.
Bye Bye
No comments:
Post a Comment