Tiada chemistry

Mengikut teori kimia, apabila punca negatif  atau punca positif bertemu antara satu sama lain. Ianya akan menolak satu sama lain. Contoh

Negatif bertemu negatif = Tolak antara satu sama lain

Positif bertemu positif = Tolak antara satu sama lain

Okie, aku bukan nak cerita pasal kimia. Sebenarnya =(
Sepatutnya hari ni aku pergi rumah Syairah Hanani lepas tuisyen sebab nak borak-borak dengan dia sebelum dia pergi ke Asrama, aku mahu menebus kesalahan aku sebab kelmarin aku cuma bercakap 27 Patah perkataan je kat dia mase di sekolah. Aku tahu aku salah jadi aku janji nak pergi rumah dia pukul 12 tapi dia takut nak kasi tahu mak dia yang aku nak datang sebab mak dia dalam bad mood. Jadi tak boleh aku pergi =') takpe aku tak kisah. Dia suruh aku pergi nanti 2 minggu lagi, time dia balik tapi aku ada pertandingan chess. Jadi tak boleh lah. Dia suruh pergi nanti cuti 2 minggu tapi mungkin tak sempat juga. Aku pun cakap lah yang aku pergi nanti cuti akhir tahun. =')  . Tak apa lah, biar lah tak jumpa 6 bulan.

Aku dengan dia memang tak ada chesmistry. Jangan fikir bukan-bukan, chemistry sebagai kawan baik. Setiap kali aku nak pergi rumah dia kan. Mesti ada halangan, dulu aku nak pergi dia tido, lepas tu dia keluar, lepas tu hujan, lepas tu dia tak ingat nak cakap kat aku yang dia free, ni takut nak kasi tahu mak dia. Aku pernah pergi rumah dia time dia ada sekali je dalam seumur hidup aku. Mungkin dia tak perasan tapi aku perasan, setiap kali aku nak pergi ada halangan. Kenapa ya jadi macam ni?mungkin aku dengan memang punca yang sama dan saling menolak kan?

Tak apalah, maybe tak ada nasib kot. =')
Mungkin satu hari nanti boleh lah tu berjumpa dengan dia. Nanti lepas habis SPM ke, harap macam tu lah. =')


Aku harap yang satu hari nanti tiada punca yang sama ='D

1 comment:

  1. zer,pokobondo yg ko mngarut psl chemistry ni?? prshabatan x prlukan chemistry,hon.^^

    ReplyDelete