OH NO!

Hey bloggy you want to know, the horror and the pain is coming back. =( . Esok hari selasa kan, orang lain semuanya cuti and sedang rehat. Aku and pengawas SMKIP lain kene pergi sekolah and bertolak ke mane tak tahu. Sebab ada kem kepimpinan pengawas bagi pengawas sekolah SMKIP. 3 hari 2 malam tau. Hari selasa rabu dan khamis. Kem kepimpinan pengawas tu, memang mencabar mental and fizikal lah sebab tahun lepas aku dah pergi. Ya Allah, esok tak tahu lah apa akan berlaku.

Tapikan tapikan tapikan tapikan ada yang bagusnya, yang bagusnya ialah tak perlu belajar untuk hari rabu dan khamis >_< . Orang lain kene belajar and pergi sekolah, aku tak perlu lah sebab pergi kem. Hari selasa hingga khamis tak belajar sebab kem pastu sambung pula cuti jumaat,sabtu dan ahad. Memang perghh lah. TERBAEK punyaa. Hahaha, seminggu wut tak belajar and isnin tuh baru start belajar balik. Lepas tuuuuuuu, berita TERGEMPAKNYA. 13 hb ni periksa tapi aku lansum tak ready nak periksa. Tak ada mood nak belajar pun, mungkin result aku akan teruk. Erkk, tak apa lah. Whatever, aku memang malas nak study pun hahaha. Harap kali ni biar tak ada FAIL atau E atau pun D. Kalau ada, tak cantik mata memandang. Uwahh hahahaha. Okie maybe setakat tu je kot, nanti aku balik kem ni aku cerita lah ya. (><)

Kisah hari rabu

Hai hai hai bloggy. Cantek tak name bloggy tuh? Kalau suka jangan cakap/kata/comment atau taip ape ape. Kalau tak suka, sila buka mulut dan cakap. Okei, aku budush hahaha. Macam lah bloggy ade mulut kan? Hari tu kan iaitu hari rabu, aku bad mood sejak dari pagi tu sampai lah 1.30 p.m tu. Aku jadi bad mood sebab tetttt haha tak boleh lah kasi tahu and aku happy balik sebab dengar berita gembira dari kawan ku dari kelas sebelah. Dapat tahu berita gembira tu, aku melompat-lompat hahaha, nak kata aku macam monyet pun ada mase tu. Ehh, terlupa nak kasi tahu yang aku melompat sampai atas meja. (>_<) aku tak perlu lah kasi tahu kenapa aku melompat-lompat begitu. Kawan aku yang name mustaqim kan, dia cakap aku ni dah macam cipan --.--"  Tak kisah

Ada lagi perkara menarik, salah sorang dari kawan sekelas aku bawa netbook. Lepas tu, aku pula bawa external harddisk aku dan cikgu pula tak masuk-masuk. Apa lagi, kita orang layan cerita lah yang ada dalam external harddisk aku tuh. Dia orang bergaduh nak tengok cerita apa pastu aku bagi idea supaya tengok cerita hantu. Haish, aku pasang lah cerita "The Unborn" cerita hantu english. Yang tengok cerita tu semuanya kushuk, sebab aku bagi tahu yang ada bahagian yang menakut kan. Masa dia orang nepik tu, memang perghh satu blok dengar hahahaha. Tak caya kita orang tengok? Buktinya ada gambar kat bawah ni


Semua kushuk kan? hahaha. Dia orang kushuk sangat sampai tak perasan aku ambik gambar. By the way, kalau nak kenal, ni pelajar kelas 4AB. Pelajar yang ambil aliran IT dan kelas yang paling banyak langgar peraturan hahaha. Kalau cikgu pergi buat spotcheck mengejut kat kelas kita orang memang kaya lah cikgu, Ipad ada, netbook ada, majoriti pelajar dalam kelas tu bawak fon dan semuanya touchscreen. Cikgu, jangan buat spotcheck di kelas 4AB ya. Saya tak nak fon saya di rampas. (>_<)

Kaki akan di bandage

Hai. Hari ni iaitu hari isnin 16/4/2012. Aku telah pergi latihan rugby di sekolah untuk tahun ni. Orang lain semuanya telah pergi latihan akhir bulan 3 lagi tapi aku baru pergi tengah bulan empat. Hehehe. Bukan tak nak pergi tapi sibuk derr dengan latihan chess. Hari ni baru pergi untuk buat pertama kalinya, memang menyeksa diri lah sebab latihan awal-awal tu ialah latihan fitness, untuk kuat kan otot-otot. Aku pula tak pergi =( .

Aku pergi tadi terus panas kan badan dan terus berlawan mengikut group. Erghh. Aku letih gile, aku rasa mendadak je sparring. Aku tak cukup nafas and kepala kayal gile gile. =(
Reda lah sebab ponteng sangat latihan awal. Lepas tu aku pun balik rumah, balik rumah tu rilex kejap then tibe tibe bile nak bangun tuh.

Rasa sakit kaki sebelah kiri, aku nak bengkok kan tak boleh =(
Aku kasi tahu mak aku then mak aku cakap yang 'urat lari tuh, lutut tu kene bandage'. Uwaaaaa =( . First day pergi latihan, dah sakit lutut and perlu kene bandage. Lepas tu bandage pula baru je habis. Tidaaaaakk. Pastu mak aku cakap 'nanti mama bawak balik esok' . Ohya terlupa nak cakap yang mak aku nurse, aku main kuat mane pun. Mak aku ada hehehehe.

Baru je sakni, aku tanye 'esok boleh pergi main lagi?' pastu mak aku tak bagi =( . Dia cakap takut lutut ni makin teruk and boleh menyebab putus urat. Mama, nak pergi main esok. =( . Please please please please please =( . Nak main lagi mama. Tapi mak aku still tak bagi. Redo je lah =( . Lutut akan kene bandage esok and esok juga akan pergi sekolah terencot-encot. =(

Setakat ni sudah lah. Sebab tak boleh nak main rugby =(

Tiada chemistry

Mengikut teori kimia, apabila punca negatif  atau punca positif bertemu antara satu sama lain. Ianya akan menolak satu sama lain. Contoh

Negatif bertemu negatif = Tolak antara satu sama lain

Positif bertemu positif = Tolak antara satu sama lain

Okie, aku bukan nak cerita pasal kimia. Sebenarnya =(
Sepatutnya hari ni aku pergi rumah Syairah Hanani lepas tuisyen sebab nak borak-borak dengan dia sebelum dia pergi ke Asrama, aku mahu menebus kesalahan aku sebab kelmarin aku cuma bercakap 27 Patah perkataan je kat dia mase di sekolah. Aku tahu aku salah jadi aku janji nak pergi rumah dia pukul 12 tapi dia takut nak kasi tahu mak dia yang aku nak datang sebab mak dia dalam bad mood. Jadi tak boleh aku pergi =') takpe aku tak kisah. Dia suruh aku pergi nanti 2 minggu lagi, time dia balik tapi aku ada pertandingan chess. Jadi tak boleh lah. Dia suruh pergi nanti cuti 2 minggu tapi mungkin tak sempat juga. Aku pun cakap lah yang aku pergi nanti cuti akhir tahun. =')  . Tak apa lah, biar lah tak jumpa 6 bulan.

Aku dengan dia memang tak ada chesmistry. Jangan fikir bukan-bukan, chemistry sebagai kawan baik. Setiap kali aku nak pergi rumah dia kan. Mesti ada halangan, dulu aku nak pergi dia tido, lepas tu dia keluar, lepas tu hujan, lepas tu dia tak ingat nak cakap kat aku yang dia free, ni takut nak kasi tahu mak dia. Aku pernah pergi rumah dia time dia ada sekali je dalam seumur hidup aku. Mungkin dia tak perasan tapi aku perasan, setiap kali aku nak pergi ada halangan. Kenapa ya jadi macam ni?mungkin aku dengan memang punca yang sama dan saling menolak kan?

Tak apalah, maybe tak ada nasib kot. =')
Mungkin satu hari nanti boleh lah tu berjumpa dengan dia. Nanti lepas habis SPM ke, harap macam tu lah. =')


Aku harap yang satu hari nanti tiada punca yang sama ='D

Thankz.

HUWA HUWA HOIIIIIIIII HEIIIIIIIII APEKE HEEEEEE HOIIIIIIII.

Hai, hari ni hari sedih. 
Syairah Hanani kan, dia tak cakap pun dekat aku yang dia nak datang ke sekolah. Tak ada orang pun kasi tahu aku. Tapi aku tahu dengan sendirinya sebab aku terbaca comment dia. Tapi tak apa lah, aku tak kisah pun dia tak bagi tahu dekat aku. Sejak dia pergi, hidup aku kosong kan tapi dia tak tahu pun. Aku tak kisah semua tuh. Aku nak kau tahu yang aku rindu kau. 

Hari ni kau datang ke sekolah sebab cuti,. Banyak kali aku nampak kau tapi aku buat-buat tak nampak. Sebab ketika tu, aku tak nak kacau kau bertemu dengan kawan-kawan kau yang lain. Ketika mula kau tegur dan buat pertama kalinya aku bercakap dengan kau. Aku menipu, yang aku tak nampak kau. Tak apa, aku tanggung dosa menipu tu. Tetapi masa tu aku ingin sangat bertemu dan berborak dengan kau tetapi kau pula sedang bercakap dengan ____ a.k.a. anak saudara kau. Jadi aku biar kan pula, sehingga lah tamat waktu persekolahan dan aku tak cakap pun apa yang aku nak cakap. 

Tahu tak, aku nak nangis sekarang ni. Tahu tak yang aku nak sangat cakap dengan kau. Aku bukan nak cakap 10-20 minit. Aku nak cakap 3-4 jam dengan kau.  Aku nak bagi tahu semuanya pasal yang terjadi sejak pemergian kau itu tapi apakan nasib. Hajat aku tidak tertunai, tak apa lah. 

Aku nak pergi rumah kau tapi kau bagi alasan yang kau hendak ke lain. Jadi, aku cuma menjawab dengan simple. Tak apalah, mungkin aku tak dibenarkan untuk bercakap dengan kau. Setiap kali aku mesej pula, kau selalu akan jadi tak ada mood nak mesej. Bila aku nak telefon kau memberi alasan bahawa takut warden datang mari check. Bila aku mintak kau cerita pasal hal yang lain, kau memberi alasan susah nak cerita kot mesej guna telefon tu. Tak apalah

Mungkin kau tak anggap lagi yang aku kawan baik kau. Malah, hubungan kita semakin jauh. Walaupun begitu, aku tetap akan anggap kau sebagai BFF. Walau aku sakit hati banyak kali, walau aku sedih banyak kali. Thankzz for everything kawan. Aku harap kau happy lah, tu je permintaan aku. 

Bye Bye

Adik sayang kakak.

Hai hai hai hai. Post sebelum ni kan aku sedih sedih je kan? Kali ni aku tak tahu lagi nak sedih atau tidak. ^_^
Sejak pemergian Adek kan, aku aku aku ___ okay tak boleh cakap hahaha. Lepas tu aku tak __ and selalu ___ selama seminggu. Memang keadaan critical lah aku masa tu tapi tak apa, aku dapat recover balik sikit dengan pertolongan someone iaitu Nik Amani Syahirah binti Othman iaitu pelajar dari kelas tingkatan 5 Al-Razi, dengan kata lain iaitu kakak ku di sekolah. Dia dah jadi kak ku selama 4 tahun dah. Sejak aku form 1 sampai lah aku form 4. Dia lah yang beri aku semangat and dia lah yang dengar luahan hati aku time tu and dia juga lah yang meneman aku time aku menangis. =') . Dia selalu disisi aku, aku sayang sangat kakak aku.

Hari tu kan, aku busy sangat. Time tu waktu balik and ada lah hal sikit dengan kak mani, pastu aku tengok jam dah waktu balik and aku pun kene pergi ke tempat lain pastu kak mani mintak aku tolong angkat Hamper yang besar tu tapi aku gaduh nak kejar fahmi sebab nak tumpang dia pergi suatu tempat jadi aku tak tolong lah kak mani. Aku pergi kejar fahmi, tengok tengok dia dah tak ada. Sejak hari tu, kak mani pun merajuk dengan aku. Uwaaa. Aku panggil dia tak layan. Aku tegur dia buat tak kenal. Pastu satu hari tuh, aku minta maaf banyak kali tapi dia masih buat tak tahu jadi aku pula yang merajuk dengan dia . Dia tegur aku paling ke arah lain, kalau terserampak dengan dia aku tegur kawan dia je. Hahahaha. Pastu kelmarin aku depan musalla dan sedang berpaling depan ke arah musalla. Dia pun datang kat arah belakang and tegur. Pastu aku pun tegur kawan dia macam selalu lah, pastu kak mani ckp "Kak mani? takpo lah ngaju lagi gak" dengan nada yang merajuk gitu. Aku pun fikir, sampai bile aku nak merajuk. Aku pun tegur "Hai kak mani'. Nasib baik semuanya kembali kepada asal. Thank god semuanya kembali kepada asal, selama tak ada kak mani, aku rasa sunyi je.